Friday, 27 March 2015

APA ITU STEVIA?


Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi dan merupakan pengganti gula pasir terbaik. Stevia adalah jauh lebih baik daripada gula sintetik. Gula sintetik (Artificial Sugar) boleh meningkatkan risiko kanser.
Orang-orang di Jepun telah mengamalkan pemanis gula Stevia sejak 30 tahun dulu. Malaysia baru sahaja meningkat penggunaannya kerana kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan diri semakin meningkat.
Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan iaitu daun Stevia Rebaudianayang berasal dari keluarga bunga matahari (Asterecea).

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh Red Indian Guarani di Paraquay sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi dan juga sebagai rawatan dan penyembuhan luka.
Kajian secara meluas hanya bermula pada awal kurun ke-19 selepas penyelidik Brazil iaitu juga seorang ahli Botani Paraguay bernama Moises S.Bertoni melakukan kajian dan menulis artikel-artikel tentang kebaikan dan kegunaan Stevia. Kajian ini bermula sejak mereka mendapati sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.
Di bawah ini, beberapa bukti kajian saintifik berkaitan dengan daun Stevia.

No comments:

Post a Comment